TH untung RM3.35 bilion, agih bonus sehingga 8%

TH untung RM3.35 bilion, agih bonus sehingga 8%

Agensi pengurusan jemaah haji Malaysia itu mencatatkan keuntungan tertinggi pada 2015 sejak ia ditubuhkan 52 tahun lalu.

jamil-khir
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan pendeposit sebanyak 5% dan tambahan Bonus Haji sebanyak 3% kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan pembayaran bonus TH bagi tahun kewangan 2015 di sini, hari ini.

Jamil Khir berkata, pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.236 bilion, berbanding RM3.237 bilon pada 2014.

Beliau berkata, TH juga mencatatkan keuntungan sebanyak RM3.35 bilion pada 2015, iaitu tertinggi sejak ia ditubuhkan 52 tahun lalu.

Katanya, keuntungan TH tahun lalu itu juga meningkat 19 peratus berbanding RM2.98 bilion pada 2014.

“Daripada jumlah keuntungan itu, sebanyak RM59.3 juta akan digunakan untuk membayar zakat manakala RM300 juta akan disimpan untuk rizab TH selepas mengambil kira nasihat Bank Negara Malaysia (BNM) dan keadaan ekonomi semasa,” katanya.

TH menjadi sasaran kritikan baru-baru ini selepas BNM menghantar notis menegur penyusutan rizab dan nilai pelaburan yang merosot.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.