Dalam muatnaik semalam, RPK mendakwa Suruhanjaya Sekuriti sedang menyiasat anak kedua Mahathir, Mokhzani.
Menurut RPK, Mahathir bimbang Mokhzani akan didakwa.
“Sebab itulah Mahathir menyerang Apandi,” tulis RPK. “Beliau mahu mencemar nama baik Apandi supaya orang percaya bahawa Peguam Negara itu orang suruhan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak.”
Dengan cara itu, kata RPK, sekiranya Mokhzani didakwa, Mahathir boleh mendakwa ia merupakan konspirasi politik, sama seperti yang didakwa oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas disabitkan kesalahan liwat dan dihantar ke penjara.
FMT sedang berusaha mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada Suruhanjaya Sekuriti berhubung dakwaan terhadap Mokhzani.
