Warga asing jadi pelayan akan ditangkap

Warga asing jadi pelayan akan ditangkap

Mereka hanya boleh bekerja di dua posisi sahaja di restoran dan di hotel iaitu sebagai tukang masak dan tukang cuci

Hamzah-Zainuddin_pekerja

KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan mengenakan tindakan terhadap pekerja asing yang bekerja sebagai pelayan restoran dan hotel.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin menegaskan, pekerja asing itu hanya dibenarkan menjalankan dua aktiviti sahaja iaitu sebagai tukang masak dan tukang cuci manakala perkara-perkara lain perlu dilakukan warga tempatan.

“Sektor perkhidmatan restoran dan hotel hanya dibenarkan mengambil pekerja asing melibatkuan dua posisi sahaja, tukang masak dan tukang cuci.

“Dua ini saja yang mana lain-lain perkhidmatan pelayan, juruwang semua tak boleh. Tiada pengecualian,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, Zainuddin berkata, pihaknya akan melakukan operasi secara besar-besarkan untuk mengambil tindakan dan akan mengenakan denda terhadap mereka yang melanggar peraturan berkenaan.

“Kita sebenarnya sudah membuat satu ops (operasi) dengan KPDNKK, imigresen, polis, kastam untuk turun ke bawah dan tangkap sesiapa yang langgar undang-undang.

“Bukan hanya di kedai mamak di mana-mana semua akan dibuat. Jadi saya tak fokus kedai mamak sahaja,” tegasnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.