Ambil alih kerja warga asing, beri gaji minimum RM1,500

Ambil alih kerja warga asing, beri gaji minimum RM1,500

Zahid sepatutnya menggunakan saluran mesyuarat Kabinet untuk melaksanakan langkah berkenaan.

fahmi-zaid

PETALING JAYA:
Kerajaan Persekutuan digesa agar melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebagai galakkan kepada golongan muda di negara ini mengambil alih tugas pekerja warga asing.

Langkah sama yang turut perlu dilaksanakan adalah menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja.

Perkara itu disuarakan oleh Naib Angkatan Muda Keadlian (AMK), Fahmi Fadzil selepas melihat gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar anak muda mengambil alih kerja yang diisi oleh pekerja asing.

“Adakah Ahmad Zahid benar-benar memahami sebab kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut “3D” atau `Dirty, Difficult and Dangerous’ atau `Kotor, Susah dan Berbahaya’.

“Sepatutnya beliau melalui mesyuarat Kabinet menggesa supaya melaksanakan langkah meningkatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 dan memastikan pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutama dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan Fahmi berkata, Ahmad Zahid juga perlu menggesa Putrajaya melaksanakan langkah bagi memastikan sistem pendidikan vokasional menyediakan golongan muda dengan rangkaian atau jaringan industri lebih menyeluruh.

“Langkah seterusnya memberi insentif kepada pemodal, pemilik syarikat dan paling penting untuk anak muda mengambil alih kerja-kerja yang dimonopoli pekerja asing terutama melalui geran bagi meningkatkan teknologi dalam bidang kerja.

“Tanpa melaksanakan langkah-langkah itu, gesaan Ahmad Zahid hanyalah retorik semata-mata dan bukan niat ikhlas bagi membantu anak muda mengambil alih kerja yang diisi pekerja asing,” ujarnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.