
“Bertentangan dengan dakwaan tidak berasas dan tanpa bukti yang dibuat WSJ, kami secara konsisten mengatakan tidak pernah membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri,” kata 1MDB dalam satu kenyataan hari ini.
Badan pelaburan dan pembangunan strategik di bawah Kementerian Kewangan itu mengulas laporan WSJ pada 18 Februari lalu yang mendakwa wang daripada syarikat itu memasuki akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak melalui pelbagai syarikat yang berkaitan dengannya.
Menurut kenyataan 1MDB itu lagi, beberapa pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara dan pelbagai penerbitan antarabangsa yang berwibawa juga “mengesahkan bahawa dana tersebut datang dari Arab Saudi”.