Watson dilapor membuat pinjaman dengan Bank Islam bagi membiayai perbelanjaan perubatan ayahnya yang menghidap kanser.
Jabatan Insolvensi mengeluarkan notis itu di akhbar Borneo Post, semalam.
Watson berkerja di Majlis Sukan Sarawak sebagai Jurulatih Atlit di bandar kelahirannya, Miri. Dia dilaporkan tidak mampu membayar balik pinjaman itu kerana gaji yang diterimanya rendah.
Dia pernah meminta bantuan menteri kanan di Sarawak dua tahun lalu tetapi tidak berhasil. Watson dikatakan menanggung hutang lebih RM100,000 termasuk kadar faedah.
“Saya juga perlu membayar bil-bil lain,” katanya.
Watson memegang rekod kebangsaan acara 100 meter dengan merekodkan 10.3 saat dalam Kejohanan Olahraga Kebangsaan pada 1998. Sehingga kini, rekod itu masih belum berjaya dipadam.
