Beliau mengibaratkan gabungan menerusi ‘Deklarasi Rakyat’ bagi menyingkirkan Najib sebagai ‘retak menunggu belah’ kerana kerjasama itu tidak berdasarkan kestablian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Dr Mahathir mengetuai kumpulan 58 individu termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR – dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.
Penandatangan lain termasuk bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik Dr Subramaniam berkata semua pihak perlu menghormati sistem demokrasi negara dan sebarang ketidakpuasan hati perlu diselesaikan melalui saluran sedia ada.
“Kita amalkan sistem demokrasi yang diasaskan kepada sistem parti-parti politik sedia ada dan apa-apa perubahan kepemimpinan biasanya adalah di bawah sistem itu sama ada di bawah parti atau pilihan raya umum yang diadakan.
“Sistem sudah ada untuk putuskan siapa ketua. Kita tidak mahu budaya di mana pemimpin boleh disingkirkan melalui kuasa di luar sistem yang sedia ada,” katanya.
Menurutnya jika keadaan itu berlaku, bukan sahaja Najib, malah pemimpin lain pada masa akan datang juga berkemungkinan berhadapan dengan situasi sama.
-Bernama
