Rakaman wawancara berkenaan hudud

Rakaman wawancara berkenaan hudud

Petikan audio wawancara Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang diadakan pada 15 Mac lepas, sehari sebelum pengumuman kerjasama politik PAS-Ikatan.

PETALING JAYA:
Laporan wawancara khas FMT bersama Presiden Parti Ikatan Rakyat Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengundang pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.

Bagi tujuan merungkai sebarang salahfaham yang mungkin berbangkit daripada laporan berkenaan isu hudud itu, berikut adalah petikan rakaman audio wawancara bersama veteran politik itu yang diadakan pada 15 Mac lepas, sehari sebelum pengumuman kerjasama politik PAS-Ikatan.

Dalam wawancara itu, Kadir menegaskan orang Islam tidak boleh menolak hudud, namun keadaan di Malaysia menyebabkan hudud belum sesuai dilaksanakan.

Beliau turut memberikan beberapa contoh yang menunjukkan kefahaman situasi semasa di pihak PAS sebagai sebuah parti politik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.