Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

BN Selangor dakwa dua loji rawatan air akan jadi projek gajah putih

 | March 30, 2016

Pentadbiran Azmin perlu menjelaskan kegunaan dua loji baharu itu apabila Projek Langat 2 siap nanti.

sulaiman-abdul_azmin-ali_water_selangor_600

SHAH ALAM : BN Selangor mendakwa pembinaan dua loji rawatan air oleh kerajaan negeri di Labohan Dagang dan Semenyih yang melibatkan kos RM800 juta akan menjadi projek gajah putih.

ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak mahu pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab bagaimana kerajaan negeri akan menggunakan dua loji tersebut selepas Projek Langat 2 siap nanti.

“Apabila (Projek) Langat 2 siap sepenuhnya esok dengan kapasiti 1320 juta liter sehari bagi Fasa 1 dan 2460 juta liter sehari bagi Fasa 2, dua loji rawatan air baru ini nak jadi apa?” soalnya dalam sidang media di ruang legar Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Lebih membimbangkan, katanya, sudah terdapat dua loji rawatan air yang lain berhampiran kawasan pembinaan loji baharu itu.

“Persoalan saya adalah dari segi sumber air mentah sebab Langat 2 atau pun di kawasan di Labuhan Dagang dan Semenyih ini disitu juga ada loji rawatan air yang sudah wujud iaitu Langat dan Batu 11, Cheras,” kata Sulaiman.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali baru-baru ini menjangka Selangor bakal menghadapi krisis bekalan air kritikal pada 2017 hingga 2019 disebabkan berlakunya kelewatan dalam pelaksanaan Projek Langat 2.

Beliau berkata, disebabkan itu kerajaan negeri akan membina dua buah loji rawatan di Labohan Dagang dan Semenyih yang melibatkan kos hampir RM800 juta.

Menurut Sulaiman lagi, dua loji sedia-ada di Langat dan Batu 11, Cheras pernah ditutup kerana mengalami isu pencemaran.

“Kalau dua loji ini pun selalu ditutup disebabkan amnonia, dimana loji Semenyih dan Labuhan Dagang nak dapat air?,” soalnya, menuntut pentadbiran Azmin menjelaskan pelan sokongan perolehan sumber air untuk loji rawatan baharu itu.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments