Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Tak masuk akal guna Akta Hasutan siasat Tun M

 | March 30, 2016

AMK juga mengesa kerajaan menghentikan siasatan terhadap Majlis Peguam yang meluluskan usul menyokong Peguam Negara meletak jawatan.

nik,mahathir

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak kerajaan menghentikan siasatan terhadap mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Akta Hasutan 1948.

Ketuan AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Akta Hasutan tidak harus digunakan terhadap sesiapa pun, apatah lagi terhadap seorang pemimpin yang lama memimpin negara.

“Amatlah tidak masuk akal apabila pihak berkuasa berpendapat keselamatan negara boleh diancam hanya dengan kata-kata seorang negarawan yang sudah berumur 90 tahun dan telah menghabiskan hampir keseluruhan usianya di dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, katanya lagi, pihak berkuasa sepatutnya mempunyai bukti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas segala pendedahan yang dibuat terhadap tentang 1MDB dan pemindahan wang ke akaun peribadinya.

Menurut laporan Berita Harian semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamad memaklumkan polis telah membuka kertas siasatan terhadap Dr Mahathir di bawah Akta Hasutan.

Dalam pada itu, AMK juga membuat gesaan yang sama berhubung siasatan terhadap beberapa peguan yang mengusulkan  Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali meletakkan jawatan dalam mesyuarat Agung Majlis Peguam.

“Undang-undang keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi negara daripada ancaman keganasan yang sebenar, bukan untuk menyelesaikan pertikaian politik,

“Kami percaya rakyat yang berfikiran waras berkongsi sentimen ini dan tidak mahu sebarang tindakan diambil sama ada ke atas Dr Mahathir mahupun peguam-peguam tersebut,” katanya lagi.

Majlis Peguam dalam Mesyuarat Agung pada 19 Mac lalu meluluskan usul mendesak Tan Sri Mohamed Apandi Ali meletak jawatan Peguam Negara, selepas dijalankan undian.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments