Isteri ahli PKR itu, M Kokilavaani menceritakan, ugutan itu dibuat selepas suaminya, P Nyanauthayam membuat laporan polis berhubung isu mangsa banjir di Seri Andalas yang tidak mendapat bantuan ehsan banjir.
Kokilavaani mendakwa, selepas membuat laporan, orang bawahan pemimpin PKR itu mengarahkan suaminya untuk menarik balik laporan yang dibuat, namun, suaminya enggan untuk berbuat demikian.
Menurutnya, selepas itu, mereka kemudian telah bertindak melemparkan cat kuning ke kereta suaminya pada Jumaat lalu dan insiden itu juga telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Dakwanya, selain kenderaan mereka disimbah cat, suaminya juga telah diugut bunuh oleh orang bawahan pemimpin parti terbabit.
“(Dan yang terbaru) dalam pukul 3 lebih (pagi tadi), jiran saya panggil kata kereta tengah terbakar,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Kokilavani berkata, dia dan suaminya juga akan membuat laporan polis berhubung kebakaran kereta itu, hari ini.
Pemimpin yang dituduh terbabit dalam kes ini telah berjaya dihubungi FMT. Berikut adalah jawapannya.
