Sokong Zakir Naik punca Ahmad Razif lucut darjah kebesaran?

Sokong Zakir Naik punca Ahmad Razif lucut darjah kebesaran?

Selain menghadiri ceramah Zakir, Ahmad Razif turut menawarkan pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir untuk dibuka cawangan atau pusat penyelidikan Islam di rantau Asia Tenggara

razif,zakir

PETALING JAYA:
Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menyokong pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik dikatakan adalah punca darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.

Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah-ceramah pendakwah dari India itu, Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.

Selaku penaung Yayasan Penyelidikan Islam, Zakir telah bersetuju menerima pelawaan kerajaan negeri itu.

Empat ceramah Zakir di Terengganu berjalan lancar, selepas mendapat kelulusan pihak polis, berbeza dengan keadaan di Melaka, di mana forum bertajuk ‘Similarities Between Hinduism And Islam’ terpaksa ditukar kepada ‘Islam – Problems and Solutions to Humanity’, pada 17 April lalu.

Akhbar berbahasa Cina itu turut melaporkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu, difahamkan turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri penceramah luar itu mungkin menyebarkan ajaran sesat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.