Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga percaya tiada sesiapa pun dalam kalangan pemimpin pembangkang ingin terus melihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin BN lain membuat pelbagai kenyataan.
“Saya percaya tiada siapa di kalangan pembangkang yang ingin terus melihat bagaimana PM dan pemimpin BN membuat kenyataan seperti ‘GST diterima rakyat’,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, jika dilihat cara BN berkempen pada PRN Sarawak, beliau percaya dua PRK yang akan menjelang ini menyaksikan satu pertempuran sengit antara BN dan PAS.
Ini kerana, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman ada mengeluarkan kenyataan kerajaan BN menjanjikan 400 projek bernilai RM792.34 juta untuk Sarawak sempena PRN kali ini.
“Berapakah jumlah yang kerajaan BN akan janjikan pula sempena PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar memandangkan dua PRK ini menjadi referendum penting bagi nyawa politik perdana menteri?” soalnya.
Mengulas lanjut, Tun Ibrahim turut mempersoalkan sumber dana yang digunakan BN untuk berkempen pada PRN Sarawak dan juga PRK kali ini.
“Pada PRU13, kempen BN dikatakan dibantu menggunakan dana derma saudagar Arab.
“Dana siapa pula yang akan digunakan untuk kedua-dua PRK kali ini? Dan dana mana pula yang digunakan ketika di PRN Sarawak?” katanya.
