Polis ambil keterangan ADUN didakwa pukul pasangan kekasih

Polis ambil keterangan ADUN didakwa pukul pasangan kekasih

ADUN terbabit nafi memukul lelaki berkenaan bersama teman wanitanya seperti didakwa dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

rozi

ALOR SETAR:
Polis Kedah mengambil keterangan seorang ADUN yang didakwa memukul seorang lelaki pada 15 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata ADUN terbabit memberi kenyataan pada malam Jumaat lepas dan mengakui berada di lokasi kejadian di depan sebuah kompleks membeli belah Aman Central, di sini.

Katanya, melalui keterangan itu ADUN terbabit menafikan bertindak memukul lelaki berkenaan bersama teman wanitanya seperti yang didakwa dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

“Kejadian tersebut lebih kepada salah faham antara kedua-dua pihak dan mungkin ada unsur tidak puas hati. Kita akan teruskan siasatan ini dan jika ADUN itu rasa dia difitnah, terpulang kepadanya untuk ambil tindakan selanjutnya.

“Kita mengambil keterangan beberapa saksi kejadian dan akan mengambil keterangan teman wanita lelaki terbabit yang kini berada di ibu negara, bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang pada 15 Mei lepas, seorang lelaki dikenali sebagai Alif Adam Mohd Munaim mendakwa dipukul tiga individu termasuk seorang ADUN yang bertindak menariknya keluar dari kenderaan sebelum dipukul.

Dalam laman sosial Facebook, lelaki itu mendakwa teman wanitanya yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut turut dipukul sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.

— BERNAMA

BACA JUGA: ADUN Kedah, 2 lelaki didakwa cederakan pasangan 

Allah bersama orang yang benar – ADUN BN

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.