Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Azhar calon PH lawan BN dan Pendekar Mustar

 | June 1, 2016

Azhar merupakan anak jati Sungai Besar dan Pengerusi AMANAH Parlimen itu

Azhar-Abdul-Shuko_amanah_600

SEKINCHAN: Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk meletakkan bekas guru, Azhar Abdul Shukur, 50 daripada AMANAH sebagai calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan anak jati Sungai Besar sempena majlis pengisytiharaan calon PH di Dewan Sri Sekinchan, malam tadi.

“Kita mahu Barisan Nasional kalah, jangan tersilap pilih. Kita juga tolak Pendekar Mustar,” sindir Sabu, merujuk kepada penggayaan busana tradisional Melayu oleh pimpinan PAS yang sedang bermuktamar di Kota Bharu ketika ini.

“Kita perlu pemimpin yang memahami soal naluri para petani nelayan dan penternak, pemimpin yang faham kehidupan masyarakat supaya suara rakyat Sungai Besar kedengaran di Parlimen,” tegas Sabu.

Azhar merupakan Pengerusi AMANAH di Parlimen Sungai Besar. Beliau yang kini menjalankan perniagaan sendiri dipercayai mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat setempat memandangkan beliau merupakan anak jati Sungai Besar.

amanah_sungai-besar_600

Azhar juga merupakan anak kepada bekas ADUN pada tahun 90an iaitu Datuk Abdul Shukur Sirat.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada majlis itu adalah Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin lain.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak hadir atas nasihat parti.

Pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13, Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18% pengundi Melayu, 30.68% pengundi Cina, 1.91% pengundi India dan 0.23% pengundi dari kaum lain


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments