Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Azmin dinasihat jangan hadir majlis umum calon Pakatan Harapan

 | June 1, 2016

Keputusan dibuat bagi menjaga keharmonian pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang masih ditadbir Pakatan Rakyat (PR).

wan-azizah_azmin-ali_600_new

SEKINCHAN: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah dinasihatkan oleh pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga keharmonian pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang masih lagi bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

“Kita tahu PAS masih lagi dalam kerajaan dulu yang dipilih oleh rakyat. Sebab itu parti buat ketetapan ini adalah pilihan raya di peringkat Parlimen.

“Azmin Ali kita tahu dia mesti menjaga kerajaan beliau. Azmin adalah Menteri Besar. Itu kita memang faham, dia ada satu kedudukan untuk menjaga kerajaan Pakatan yang dulu,” katanya dalam sidang media di Dewan Sri Sekinchan, malam tadi.

Ujar Wan Azizah, isu Azmin tidak hadir bukan isu besar memandangkan beliau yang juga merupakan Presiden PKR turun bagi mewakili Pakatan Harapan

“Saya ada untuk mewakili Pakatan Harapan, semalam kita ada bincang, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang lain juga mengetahui dan memahami,”ujarnya.

Pada majlis itu, antara pemimpin PKR yang lain ternasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, dan juga beberapa pemimpin tertinggi daripada DAP.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments