Beliau berkata pertemuan itu yang turut melibatkan pakar undang-undang syariah, akan diadakan di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur bagi menyelesaikan sebarang salah faham terhadap rang undang-undang itu, yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lepas.
“Ada kata RUU ini jendela kepada hudud… banyak sangat yang salah faham,” katanya kepada pemberita selepas program pemimpin bersama pelajar cemerlang MARA di Maktab Mara Kuala Kangsar di sini, hari ini.
Beliau berkata isu itu perlu diselesaikan dalam semangat BN yang penuh dengan budaya saling hormat menghormati antara parti komponen.
-BERNAMA
