Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Kita tak cukup duit buat billboard sendiri – AMANAH

 | June 8, 2016

AMANAH tidak mempunyai wang yang cukup untik membuat papan iklan itu memandangkan parti itu masih baru ditubuhkan.

khalid-samad

SUNGAI BESAR: AMANAH hari ini menafikan terbabit dalam pemasangan papan iklan gergasi berunsur provokasi yang tertera logo parti itu di Sekinchan.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad menegaskan parti itu masih baru dan tidak mempunyai wang untuk membuat papan iklan gergasi itu.

“Kami tidak cukup duit untuk (buat) billboard sendiri, bendera pun jauh lebih (sedikit) sebab kami parti baru bendera-bendera pun baru.

“PAS boleh kitar semula bendera lima tahun lepas. Kami tidak ada wang untuk perkara seperti ini dan isu ini sepatutnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau mendakwa papan iklan provokasi itu mungkin dilakukan UMNO sendiri sebagai tindakan ‘reverse psychology’.

“Ia mungkin ‘reverse psychology’ yang UMNO lakukan sendiri dan sudah tentu pemberita akan bertanyakan AMANAH.

“Kami tidak tahu, itu tidak ada kena-mengena dengan kami. Mungkin Unit Cawangan Khas (SB), PERKASA pasang, tetapi saya sendiri tidak tahu,” katanya.

Salah satu papan iklan gergasi itu tertera kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang mendakwa ‘Panggil Cina babi tidak salah’ manakala satu lagi berkaitan skandal 1MDB yang tertera “BN PAS sehati sejiwa, rasis rasuah sama sekali”.

Di sudut bawah sebelah kanan kedua-dua papan iklan gergasi itu tertera logo AMANAH.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments