SPR halang ceramah AMANAH kerana tiada permit

SPR halang ceramah AMANAH kerana tiada permit

Perkara itu terjadi kerana terdapat salah faham antara wakil calon dan pihak Pakatan Harapan.

amanah

SEKINCHAN:
Ceramah AMANAH yang dijadualkan berlangsung pada 10 malam telah disekat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setelah rundingan dilakukan, SPR membenarkan ceramah diteruskan sehingga jam 11 malam walaupun tidak memiliki permit.

Majlis yang bermula pada jam 10.30 malam itu dan dihadiri kira-kira 30 orang rakyat tempatan bagaimanapun berjalan dengan lancar.

Dalam majlis itu, Presiden AMANAH , Mohamad Sabu, serta beberapa pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah Anwar, Tony Pua serta Ng Sue Lim sempat berucap secara ringkas.

“SPR minta kita suraikan kerana kata tidak ada data mengenai ini (ceramah) ini. Kita akur dengan arahan SPR,” katanya ketika ditemui pemberita di balairaya JKKK Simpang Lima.

Ujar Sue Lim, perkara itu terjadi kerana terdapat salah faham antara wakil calon dan pihak Pakatan Harapan (PH).

“Kita (PH) ingat mereka (wakil calon) sudah lakukan, tetapi masih kata tidak ada rekod.

“Tetapi tidak apalah, wakil calon kata semua okay, jadi kita pun okay. Mungkin dia orang baru, dan dia tidak maklumkan.

“Berlaku salah faham dan kita akur. Pada bulan Ramadan ini kita kempen secara berhemah. Lepas terawikh jangan marah-marah,” katanya.

Tambah Sue Lim, pihaknya akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.