Katanya kebanyakan pengundi tidak membuat keputusan tepat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kali ini.
“Isu nasional mungkin main peranan tetapi propoganda hilang kuasa Melayu jika DAP menang masih menghantui pengundi. Saya sifatkan ini sebagai isu ‘pocong’ iaitu ketakutan yang tak berasas.
“Saya lihat pengundi masih belum buat keputusan sehingga saat terakhir. Mereka sebenarnya tidak memahami pengundi yang belum buat keputusan,” katanya kepada wartawan bilik operasi Amanah Perak.
Termizi berkata Amanah pada masa depan akan lebih menumpukan pengundi wanita, khususnya untuk Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
“Kita akan kaji setiap pengundi. Kita lihat pengundi kuat adalah wanita Melayu. Ini juga berteruskan dalam PRK kali ini.
“Jadi kita akan cari jalan nak pecahkan tradisi ini,” katanya.
Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid diumumkan memenangi kerusi Parlimen di sini selepas menewaskan tiga pencabar lain.
Mastura memperolehi 12,653 undi, diikuti calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684).
Sementara Termizi menerima 4,883. Calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary hilang wang pertaruhan dengan hanya 54 undi.
