Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Jika tidak mampu menewaskan, perlukah anda ikut mereka?

July 5, 2016

Tidak dinafikan memang ada orang yang mendapatkan kedudukan kuasa dengan melakukan perkara menjijikkan.

KOMEN

leader

Oleh Azizi Ahmad

“Kuasa milik mereka yang boleh menggunakannya”. Hak yang berkuasa (authority) dan kuasa (power) adalah dua perkara yang berbeza : kuasa (power) adalah satu daya yang boleh memaksa orang lain untuk taat dan ikut akan arahan dan kehendak kita. Hak yang berkuasa pula adalah hak mengarahkan dan mengeluarkan perintah yang akan didengari atau dipatuhi orang lain. Hak yang berkuasa akan meminta kuasa. Kuasa tanpa hak untuk berkuasa adalah kezaliman. (Jacques Maritain, “The Democratic Charter”, Man and the State)

Bagi mereka yang menjalankan kajian mengenai perihal memegang ‘kuasa’, mereka akan memberitahu kita ia bukanlah perkara yang statik, sentiasa dan masih boleh diperbincangkan dan dirunding, dan kini terlalu ramai orang membenarkan kuasa mengawal dan menguasai diri mereka sehinggakan orang lain tidak boleh menghalang mereka menggunakan kuasa dan untuk kuasa dinikmati bersama.

Bagi mengelak daripada menangani ketiadaan kuasa dalam kehidupan kita, ramai di antara kita menjadi kejam disebabkan perolehan kuasa yang dibangunkan oleh mereka yang inginkan kuasa. Mereka yang berkuasa juga sering bersifat merendahkan taraf orang lain dan sanggup menjatuhkan sesiapa saja yang berada di laluan mereka untuk berada di atas.

Tidak dinafikan memang ada orang yang mendapatkan kedudukan kuasa dengan melakukan perkara menjijikkan itu. Sebaliknya, memang ada lagi cara yang lain, secara berperingkat untuk meningkatkan kuasa, wujud yang tidak ada kena mengena dengan menjadi orang lain mangsa atau menjual hati dan jiwa kita.

Kita sering bermain dengan kuasa dalam kehidupan seharian kita, kita sering menggunakan kuasa, sebahagian besarnya tanpa notis, hanya melalui perbincangan. Bagaimana kita menguruskan perbincangan itu mempengaruhi jumlah kuasa yang kita peroleh lebih daripada kehidupan kita sendiri. Seperti yang diterangkan Profesor Klaus Krippendorff dari Sekolah Komunikasi Annenberg, kuasa muncul atau hampir lenyap berdasarkan daripada bagaimana kita membawa diri kita sendiri (atau gagal berbuat demikian) apabila kita berinteraksi dengan orang lain.

Kita juga sering dengan sengaja mengurangkan kuasa terhadap orang lain. Keburukannya adalah dengan tabiat yang sering dilakukan, daripada masa ke masa tabiat ini boleh menjadi sukar dikawal. Kebaikannya pula adalah jika anda mengenali dan mengubah tabiat anda, kuasa yang orang lain kenakan terhadap anda boleh dikurangkan.

Mari kita pertimbangkan perbualan ringkas ini:

Mamat : Boleh kita berjumpa awal minggu depan?

Minah : Adakah ia tidak mengganggu kerja anda?

Tidak ada yang salah dengan perbualan ringkas ini melainkan ia merupakan tindak balas biasa Minah memenuhi jemputan. Minah menggunakan kuasa beliau untuk menjadualkan pertemuan pada masa yang paling sesuai untuk beliau. Malah, dia memberi peluang kepada Mamat menyesuaikan masa pertemuan mereka, walaupun hanya beliau tahu apa yang terbaik dan tersirat melalui kenyataannya.

Daripada perbualan tadi, Minah mungkin orang yang sangat sopan, atau dia mungkin biasa dengan membiarkan dan membenarkan orang lain, mungkin terutamanya lelaki, membuat keputusan untuknya. Dalam mana-mana kes, dia benar-benar memberikan kuasa dan seolah-olah menunjukkan beliau sebagai bersedia untuk mengikuti perbincangan bersama Mamat. Dan Mamat akan menganggap dia boleh membuat semua keputusan dan ketidakseimbangan kuasa akan mula berlaku.

Mari kita cuba membuat andaian daripada contoh ini kepada perbualan yang berlaku sepanjang hari. Salah satu cara untuk menentukan jika anda berkongsi dan memberikan kuasa, walaupun dalam interaksi yang seolah-olah tidak penting (dengan kesan terkumpul), adalah untuk berfikir daripada segi perbincangan dan komen positif atau pun komen negatif.

Jika kebanyakan perbincangan adalah daripada pihak anda, terutama di tempat kerja, cenderung untuk menjadi arahan atau akuan, anda seolah-olah membocorkan kuasa seperti penapis air. Akhirnya mungkin anda melakukan perkara yang anda tidak suka, menyatakan perkara yang anda tidak ingin katakan, dan secara amnya membiarkan orang lain menetapkan arah hidup anda.

Isu pengurangan kuasa boleh dihentikan. Kadang-kadang apa yang diperlukan untuk anda mula mengubah ketidakseimbangan kuasa dalam hubungan anda adalah untuk menggantikan beberapa komen atau kenyataan yang lebih tegas. Ia langkah pertama yang baik .

Sekiranya anda berkira-kira untuk menyerahkan atau memberi peluang kepada orang lain berkuasa, menyerahkan atau membenarkan orang lain dengan keinginan mereka melebihi diri anda sendiri, memberikan pemilikan keputusan kerana ia seolah-olah seperti perkara yang sopan dan baik untuk di lakukan maka bertegaslah dengan diri sendiri.

Buatlah pilihan dan tetapkan keputusan terhadap apa yang anda ingin lakukan dan kemudian menyatakannya. Tidak ada keperluan yang mendadak (walaupun yang pasti hanyalah degupan untuk sentiasa akur), hanya memerlukan sedikit ketegasan.

Jika kita memberi terlalu banyak kuasa kepada orang yang salah : “Anda akan dipermainkan. Itu pilihan anda.”

Ia juga merupakan pilihan yang anda boleh mula tetapkan. Jadi, “jika anda tidak boleh mengalahkan mereka, perlukah anda ikut mereka?“

Azizi Ahmad ialah seorang pendidik.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments