Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Ringgit jatuh paling rendah dalam 3 minggu selepas 1MDB muncul kembali

 | July 21, 2016

Ringgit jatuh 0.6% ke 4.0540 sedolar AS. Nilai saham di Kuala Lumpur dan bon kerajaan Malaysia turut menggelongsor.

ringgit-1mdb

SINGAPURA: Ringgit Malaysia jatuh pada paras paling rendah dalam tempoh tiga minggu dikala skandal dana milik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memperbaharui kebimbangan, berbanding matawang Asia lain yang lega ketika dolar (AS) teguh bertahan.

Ringgit jatuh 0.6% ke 4.0540 sedolar AS, terendah sejak 29 Jun.

Nilai saham di Kuala Lumpur dan bon kerajaan Malaysia turut menggelonsor.

Ia berlaku ketika pihak berkuasa Singapura merampas aset-aset bernilai S$240 juta (RM717 juta) dalam siasatannya ke atas aliran dana berkait 1MDB untuk mencari kemungkinan berlakunya aktiviti pengubahan wang, selepas penyiasatan menemui “kekurangan” di beberapa bank utama di negara pulau itu.

Pendakwaraya Amerika Syarikat semalam memfailkan saman merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) yang mereka kaitkan dengan wang yang dilesapkan daripada 1MDB, syarikat yang diselia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Antara lain, Jabatan Kehakiman AS mendakwa sebahagian wang digunakan untuk membiaya filem “The Wolf of Wall Street” terbitan sebuah syarikat Hollywood diketuai anak tiri Najib, Riza Aziz, dan untuk membeli hartanah dan karya-karya seni.

“AS cuba memusnahkan sesuatu. Langkah itu pasti menjejaskan Ringgit,” kata Andy Ji, pakar strategi matawang Asia di Bank Commonwealth Australia di Singapura.

Ringgit menunjukkan prestasi paling buruk tahun lalu berbanding matawang Asia lain dengan kerugian hampir 20% berbanding dolar AS.

Ji menyarankan ringgit dijual untuk rupiah Indonesia, dan menambah “melihat kepada isu 1MDB ini, bermain dengan nilai relatif nampaknya akan memberi pulangan.”

Rupiah menunjukkan prestasi kedua terbaik setakat ini dalam kalangan matawang Asia tahun ini.

Pelabur terpikat dengan salah satu daripada pulangan tertinggi di rantau ini dan juga program pengampunan cukai di Indonesia, yang dijangka akan memperbaik keseimbangan fiskalnya.

Ringgit meninggalkan matawang Indonesia tahun ini apabila pelabur membuat pertaruhan berdasarkan harga minyak yang semakin stabil dan rangsangan ekonomi sejagat yang mereka jangkakan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments