Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Cuepacs bantah penjawat awam bayar pencen sendiri

 | July 26, 2016

Kesatuan itu berkata KWAP tidak berhak membuat keputusan itu kerana hak penjawat awam dijamin Perlembagaan.

cuepacs-1

PETALING JAYA: Kesatuan pekerja perkhidmatan awam Cuepacs membidas cadangan supaya penjawat awam sendiri membuat sumbangan ke dalam tabung persaraan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad dipetik akhbar TheSun membayangkan cadangan itu di mana penjawat awam menyumbang sendiri ke dalam KWAP, sama seperti pekerja swasta yang menyumbang ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“KWAP baru sahaja ambil alih pengurusan wang pencen dan dia sudah mula bercakap seperti ini,” kata Presiden Cuepacs Azih Muda kepada FMT, kesal dengan langkah itu.

Wan Kamaruzaman berkata demikian kerana menurutnya ada kemungkinan skim pencen yang wujud pada masa ini dimansuhkan kerajaan.

“Kita mungkin perlu bertukar kepada skim seperti KWSP,” katanya.

Azih bagaimanapun berkata Wan Kamaruzaman tidak perlu membuat keputusan bagi pihak kerajaan, dan menambah hak penjawat awam dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Beliau tidak ada kuasa memutuskan sama ada kerajaan perlu mengubah skim persaraan atau tidak,” kata Azih.

KWAP bertanggungjawab menguruskan dana bagi mencapai pulangan melalui pelaburan dalam membantu kerajaan membiayai pencen penjawat awam

Skim tersebut menjamin pembayaran pencen sepanjang hayat berupa setengah daripada gaji terakhir penjawat awam yang bersara pada usia 60.

Sejak November 2015, KWAP mengambil alih tugas pembayaran pencen kepada 700,000 pesara kerajaan.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments