Dilamar jadi pembunuh selepas dipecat daripada polis, tentera

Dilamar jadi pembunuh selepas dipecat daripada polis, tentera

Mereka tiada wang tetapi ada kebolehkan menggunakan senjata api.

polis-tentera
PETALING JAYA:
Kumpulan penjenayah kini menarik bekas anggota polis dan tentera yang dilucutkan atas masalah disiplin bagi menjalankan pembunuhan, menurut laporan The Malay Mail yang memetik sumber polis.

Ia mendakwa individu seperti itu menjadi pilihan kerana kebolehan mereka menggunakan senjata api.

Ini bermakna mereka akhirnya bekerja untuk pihak yang satu ketika dulu diburunya.

Sumber polis itu berkata kesempitan wang merupakan punca mereka terjerumus dalam kumpulan jenayah.

“Tiba-tiba anda kehabisan wang, tetapi anda dilatih dalam menggunakan senjata api. Apa lagi yang boleh dilakukan mereka bagi menggunakan kebolehan luar biasa ini?” kata sumber itu dipetik Malay Mail.

Beberapa kejadian menembak mati di khalayak ramai semakin kedengaran kebelakangan ini, kebanyakannya melibatkan mangsa yang dikatakan terlibat dalam kegiatan jenayah berkumpulan.

Minggu lepas, warga kota dikejutkan apabila empat penembak tiba dengan dua motorsikal di sebuah persimpangan dekat Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.

Mereka melepaskan tembakan ke arah tingkap hadapan dan belakang sebuah kereta Honda Accord, melepaskan 18 tembakan yang membunuh pemandu, V. Kandasamy, yang merupakan anggota sebuah kumpulan bernama “Satu Hati”

Ini adalah kes kedua dalam tempoh sebulan, selepas seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun mati ditembak ketika beliau memandu di Taman OUG, Jalan Klang Lama, 6 Julai lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.