Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Sungai di Langkawi jijik, projek lupus sampah‎ RM187 juta gagal

 | August 26, 2016

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesyaki unsur rasuah dalam projek RM187.74 juta, yang diberi secara runding terus.

KILIMPETALING JAYA: Sebatang sungai yang mengairi kawasan timur laut Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran Taman Geo Rimba Kilim terlalu busuk hinggakan pelancong mengelak daripada menyelusuri tarikan bakau yang diuarkan.

Kesannya paling dirasai penduduk tempatan, yang terpaksa meranduk air sungai yang diresapi perasa hitam pekat, busuk dan berbuih daripada projek pelupusan sampah yang bermasalah, lapor Astro Awani.

“Pelepasan air dari dalam sana (pusat longgokkan sampah) dia ke dalam sungai,” kata Ketua Komuniti Nelayan Sungai Kilim, Omar Ariffin kepada saluran berita dan hal ehwal semasa itu.

“Air itu daripada warna kelabu keputihan, sekarang ia bertukar menjadi warna hitam dan juga berbuih,” katanya, menceritakan pencemaran yang berlaku sejak 14 Ogos lalu.

Daripada kronologi yang disiarkan bersama laporan khas Astro Awani, projek pelupusan sampah berhampiran tapak rimba UNESCO mengalami masalah sejak 2013.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012 mendapati wujud kelemahan dan prestasi yang kurang memuaskan terhadap insinerator yang dibina, menurut laporan itu.

“Insinerator rotary kiln rekaan XCNT (kontraktor projek – XCN Technology) merupakan teknologi tempatan yang secara teorinya mampu melupuskan sisa pepejal tetapi masih belum terbukti secara fizikal,” lapor Astro Awani memetik Siri 2 laporan yang dibentangkan di Parlimen.

Pada 11 Nov 2014, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesyaki unsur rasuah dalam projek RM187.74 juta itu, yang diberi secara runding terus.

“PAC dakwa KPKT gagal untuk meneliti cadangan pemilihan teknologi oleh XCNT kerana syarikat itu tiada pengalaman dan tiada projek yang berjaya dilaksanakan,” lapor Astro Awani.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Bandar (KPKT) ketika itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan menafikan dakwaan PAC.

Lewat tahun lepas, 17 Nov, Kerajaan Kedah umum akan membuka tender untuk menguruskan loji insinerator itu, dan awal tahun ini, 12 Jan, KPKT kemuka Jadual Tender Kerja menaiktaraf tapak pelupusan sampah Pulau Langkawi.

Menurut Astro Awani, Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Langkawi Eric R Sinnaya berkata usaha badan bukan kerajaan untuk menangani isu tersebut tidak mendapat sokongan, malah agensi kerajaan seperti Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah KPKT bersikap acuh tak acuh.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments