Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Nurul Izzah tidak sangka Dr Mahathir bersalaman dengan ayah

 | September 9, 2016

Anak sulong ketua umum PKR itu tidak menjangkakan Dr Mahathir akan memberikan sokongan seperti itu dengan hadir di mahkamah.

Nurul IzzahPETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar akui terkejut apabila Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin dan bertegur sapa dengan ayahnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak sulong Anwar itu berkata sikap dan keterbukaan kedua-dua bekas pemimpin tertinggi negara itu membuktikan mereka lebih mengutamakan isu negara berbanding peribadi.

“Tidak menjangkakan Dr Mahathir akan datang memberikan sokongan kepada usaha dilakukan bapa saya untuk memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara.

“Malahan, apabila ayah sendiri bersalaman serta mengukirkan senyuman, saya rasa ia simbolik untuk kita terus maju ke hadapan mengukuhkan Malaysia daripada menumpukan isu peribadi,” katanya dalam wawancara bersama badan penyiar Australia, ABC News.

Anwar, 68, yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun, dibawa pegawai penjara menghadiri permohonannya menghalang penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Anwar mendakwa Akta MKN 2016 tidak berperlembagaan dan tidak sah kerana ia dikuatkuasakan menurut Fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menuntut deklarasi Akta MKN tidak berperlembagaan dan terbatal serta perintah injunksi menghalang penguatkuasaan MKN.

Pertemuan Dr Mahathir dan Anwar pada 5 September merupakan yang pertama selepas 18 tahun Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Anwar dipecat Dr Mahathir pada 2 September, 1998 selepas dituduh menyalah guna kuasa dan salah laku seks. Pemecatan beliau mencetuskan demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur.

Nurul Izzah berkata tidak mudah untuk mereka sekeluarga yang melalui era reformasi melupakan peristiwa Anwar meringkuk di dalam penjara.

Namun, ahli Parlimen Lembah Pantai itu percaya tindakan kedua-dua pemimpin yang pernah bersama dalam pentadbiran negara itu membuka jalan dan merupakan langkah positif buat blok pembangkang.

“Ia tidak mudah, tetapi saya rasa ia membuka jalan buat kami. Ya, sudah 18 tahun dan sesiapa yang melalui era 1998 dan era reformasi memahami sistem kehakiman negara semakin terhakis sewaktu pemerintahan Mahathir.

“Kini kita menghadapi seorang diktator baru, malah Najib semakin bertindak mengukuhkan kuasanya dan mahu dilihat bermaharaja dengan memaksa sekutu politiknya berpindah,” katanya.

Pautan:

Dr Mahathir hadir di mahkamah bersalaman dengan Anwar

Anwar hargai Dr Mahathir ‘baik hati’ hadir ucap selamat

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments