Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

AirAsia: 3 wira paralimpik Malaysia terbang percuma seumur hidup

 | September 12, 2016

Tony melalui Facebook dan Twitternya mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga atlet paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.

tony

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia memberi ganjaran penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet kelainan upaya negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes melalui Facebook dan Twitternya, pada Ahad, mengumumkan ganjaran itu dan mengucapkan tahniah kepada tiga wira paralimpik negara yang berjaya menyumbang tiga pingat emas dalam tempoh 24 jam.

Setakat ini, Malaysia mengumpul tiga pingat emas yang dimenangi tiga atlet olahraga negara sejak kelmarin, masing-masing daripada Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) serta Abdul Latif Romly melalui acara lompat jauh T20 lelaki (masalah pembelajaran), semalam.

Lebih manis apabila tiga atlet paralimpik itu turut memecahkan rekod kejohanan dan dunia.

Pada 24 Ogos lalu, Tony mengumumkan AirAsia memberi penerbangan percuma sepanjang hayat kepada semua atlet Asean yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Manakala pemenang pingat perak dan gangsa dari Asean turut diberikan penerbangan percuma masing-masing untuk tempoh 5 dan 2 tahun.

“Atlet yang layak akan dapat terbang ke lebih 120 destinasi dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika,” katanya yang dipetik Bernama, bulan lalu.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengesahkan pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio akan menerima ganjaran wang tunai RM1 juta seperti yang ditawarkan kerajaan kepada atlet Olimpik sebelum ini.

Di bawah skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) untuk Olimpik, selain RM1 juta, pemenang pingat emas juga akan menerima pencen bulanan RM5,000, manakala perak pula mendapat RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 serta gangsa RM100,000 serta pencen bulanan RM2,000.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin pula berkata, seunit kediaman suite dan kenderaan SUV Kia Sportage akan dihadiahkan kepada Ridzuan dan Ziyad.

Kediaman berkeluasan 450 kaki persegi dan berharga RM350,000 seunit di Trion 888, Equine Park itu dibangunkan Naza TTDI Sdn Bhd.

Pautan:

Pemenang emas Olimpik dari Asean terbang percuma dengan AirAsia

Mudah menang antara alasan atlet paralimpik hanya dapat 30% elaun

Pemenang emas Paralimpik Rio terima hadiah kereta


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments