Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

PAS desak tukar pengerusi Felda sebelum lebih parah

 | September 29, 2016

Kantung Felda sudah menyusut, semua projek dalam keadaan tergantung dan Felda juga gagal membuat pembayaran hasil sawit kepada peneroka, dakwa Tuan Ibrahim Tuan Man

tuan-ibrahimPETALING JAYA: Kegagalan urus tadbir pengurusan tertinggi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyebabkan peneroka tertekan dan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad perlu ditukar sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Felda mula menghadapi masalah selepas Isa dilantik.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Pengerusi Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) Roslan Md Isa.

Mereka mengulas wawancara Isa dengan New Straits Times semalam yang melaporkan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) “tergendala sedikit” kerana belum mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

“Malapetaka Felda bermula apabila (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dengan mudah menyerahkan Felda ke tangan Isa Samad. Tindakan menyenarai Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia yang kononnya dijamin keuntungan kini membawa padah.

“Kegilaan Isa Samad berbelanja untuk projek mega dan pembelian kondominium mewah menjerat Felda ke tanah gersang dan kontang dalam aspek pengurusan kewangan,” kata mereka hari ini.

Semalam, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman menggesa supaya Kerajaan Pusat mengambil alih projek PBGF yang dilihat berdepan masalah.

Kata Mazlan, kerajaan yang sepatutnya mengendalikan projek ini manakala Felda pula selaku pemudahcara untuk peneroka mendapatkan rumah.

Tambah Ibrahim dan Roslan, kantung Felda sudah menyusut dan semua projek dalam keadaan tergantung. Bukan itu sahaja, mereka mendakwa Felda juga gagal membuat pembayaran hasil sawit kepada peneroka.

“Di atas kertas, Felda dikatakan kini memiliki 12 hotel dan resort, termasuk apartmen perkhidmatan Grand Plaza, Bayswater dan Grand Plaza Kensington, kedua-duanya di London.

“Sementara Felda berkembang ‘pesat’ di luar negara, nasib PGBF untuk membina 20,000 unit rumah generasi kedua Felda yang membabitkan peruntukan RM380 juta pula mengalami kelewatan,” katanya.

Pada 2011, ANAK mendedahkan Felda membuat pinjaman RM6 bilion dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pautan:

Putrajaya diseru ambil alih projek perumahan daripada Felda

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments