
“Kami tidak terlibat dengan mereka,” Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor yang dipetik sebagai berkata dalam satu mesej kepada The Star Online.
Presiden MCA Liow Tiong Lai mengutuk tindakan kumpulan itu, berkata: “Kejadian itu tidak ada kena mengena dengan Barisan, MCA atau parti komponen lain”.
Liow juga berkata BN tidak ada kena mengena dengan pergerakan “Baju Merah”, yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunus.
Penunjuk perasaan anti-Bersih semalam, sekumpulan kira-kira 20 individu bermotosikal, dilaporkan memakai baju merah.
Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada mereka adalah sebahagian daripada pergerakan Jamal.
Tengku Adnan berkata, semua rakyat Malaysia perlu hidup “dalam semangat perpaduan dan kepelbagaian”.
Rakyat tidak seharusnya menjalankan undang-undang sendiri.
“Ikut undang-undang. Kita bukan hidup berpandukan undang-undang rimba.”
Liow berkata BN tidak akan menyokong perhimpunan jalanan, konfrontasi ganas dan buli, dan menggesa polis mengambil tindakan terhadap penyerang. .
Beliau berkata agenda banyak pertubuhan bukan kerajaan dirampas ahli-ahli politik pembangkang dan bertukar menjadi konfrontasi.
Polis berkata, 3 lelaki ditangkap kerana melakukan ugutan jenayah.
PAUTAN:
Anti-Bersih tak waras, ketua kumpulan perlu ditangkap, tegas kesatuan