Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bajet 2017 bukti kerajaan tak ada duit, kata Tony Pua

 | October 21, 2016

Katanya, situasi akan menjadi lebih buruk, membuatkan 2017 tahun paling teruk untuk rakyat.

tonypua35_bajrt_600KUALA LUMPUR: Satu-satunya alasan kerajaan masih mampu meramalkan defisit bajet “sederhana” 3% untuk 2017 ialah kerana ramalan optimistik dalam hasil cukai, kata Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata Bajet 2017 membuktikan kerajaan kehabisan wang tunai dan situasinya akan menjadi lebih teruk dalam jangka panjang, menjadikan 2017 tahun terburuk untuk rakyat.

Beliau berkata meskipun ada penurunan dalam Cukai Pendapatan Petroleum (PITA) daripada RM11.6 bilion pada 2015 kepada RM8.5 bilion tahun ini, kerajaan menjangkakan permintaan dan harga minyak lebih tinggi pada 2017 dan mengutip RM10.6 bilion.

Katanya, kerajaan juga mengandaikan peningkatan dalam Cukai Pendapatan Korporat (CITA) meskipun tidak menjangka kadar pertumbuhan ekonomi lebih tinggi.

CITA secara marginal turun pada tahun ini kepada RM63.2 bilion daripada RM63.7 bilion pada 2015, katanya.

Bagaimanapun, katanya pada 2017 kerajaan mengunjurkan ia akan menerima RM69.2 bilion.

“Sama juga, meskipun kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menurun, kerajaan mengharapkan peningkatan daripada RM38.5 bilion pada 2016 kepada RM40 bilion tahun depan.

“Semua ini bukti kerajaan kehabisan wang tunai dengan sangat cepat. Ia terpaksa bergelut untuk mengimbangi perolehan dan perbelanjaan,” katanya.

Setiausaha publisiti kebangsaan DAP itu berkata keadaan fiskal kerajaan semakin teruk pada ini kerana lebihan perbelanjaan kerajaan sebelum ini.

Beliau memetik menaikkan perkhidmatan awam untuk mengurangkan jumlah graduan menganggur, dan pinjaman berlebihan kepada ketidakcekapan kewangan, rasuah dan ketirisan.

“Semua ini menyebabkan kemampuan kerajaan menjadi sempit untuk memperuntukkan perbelanjaan hari ini,” katanya.

Malah, katanya sasaran pendapatan 2016 yang ditetapkan semua ini turut tidak dicapai.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments