Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Peguam: Kenapa 1MDB kebal sehingga tak boleh dipersoal di Parlimen

 | October 30, 2016

Syahredzan Johan berkata, 3 bekas menteri itu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dengan membangkitkan isu 1MDB di Parlimen.

johan-1mdb

PETALING JAYA: Tindakan 3 bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Parlimen tidak melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan, sebaliknya mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, kata peguam Syahredzan Johan.

“Lagipun, sumpah kerahsiaan tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan salah laku (jika ada). Apatah lagi sumpah kerahsiaan itu bukan satu undang-undang jenayah, cuma peraturan atau etika dalam kerajaan.

“Lebih penting lagi, kenapa 1MDB begitu kebal sehingga langsung tidak boleh dipersoalkan, walaupun di Parlimen?” soalnya ketika dihubungi FMT hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan mengambil keterangan 3 bekas menteri yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan, dalam masa terdekat.

Siasatan itu dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB, susulan laporan polis dibuat 2 NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.

Mereka kemudian ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tindakan itu mungkin melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan.

Polis mulakan siasatan terhadap 3 bekas menteri

NGO buat laporan terhadap Muhyiddin kerana bocor rahsia kerajaan


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments