Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Pakar ekonomi desak Putrajaya dedahkan kaedah kira harga minyak

 | November 2, 2016

Ia akan memudahkah peniaga dan orang ramai merancang kewangan jika mereka boleh meramal harga minyak dengan lebih jelas, kata pakar ekonomi.

Azrul Azwar Ahmad TajudinPETALING JAYA: Putrajaya perlu mendedahkan kaedah yang tepat bagi mengira harga bahan api supaya peniaga dan orang ramai boleh merancang kewangan mereka dengan lebih baik, cadang pakar ekonomi.

Profesor dalam bidang ekonomi di Business School University Sunway, Yeah Kim Leng berkata pengiraan kerajaan berhubung harga petrol selama ini tidak jelas.

Bercakap kepada FMT, beliau berkata dengan jangkaan harga petrol meningkat pada tahun akan datang, sebarang kenaikan tidak dijangka bagi perniagaan akan dapat dilihat pada harga runcit, dan ini akan disalurkan kepada pengguna.

Yeah mengulas reaksi di media sosial berhubung kenaikan terbaru petrol dan diesel sebanyak 15 sen.

Ramai netizens mengeluh apabila harga minyak turun, penurunannya adalah minimum tetapi apabila naik, peningkatannya besar.

Pada masa ini, harga minyak dikatakan dikira dengan menggunakan sistem apungan terurus, yang mengambil kira harga purata bulanan minyak mentah.

Yeah berkata: “Apabila peniaga tidak boleh meramal harga minyak berdasarkan harga minyak global, mereka mungkin perlu mempunyai peruntukan penampan bagi mengurangkan sebarang kenaikan setiap bulan.

“Bagaimanapun, jika mereka tahu kaedah pengiraan, mereka boleh membuat unjuran dan anggra lebih jelas, dan tabungan yang bertujuan mengurangkan kenaikan boleh digunakan untuk tujuan lain.”

Ahli ekonomi bebas, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata apabila orang ramai tidak pasti bagaimana harga bahan api dikira dan menyaksikan kenaikannya, mereka akan berjaga-jaga terhadap kemungkinan kenaikan harga barang.

“Masyarakat pada masa kini lebih arif, dan apabila mereka melihat penurunan lebih kecil dan peningkatan lebih tinggi, ia boleh menimbulkan syak wasangka,” katanya,

“Ini boleh menjejaskan corak perbelanjaan dan perniagaan juga akan terjejas kerana mereka boleh membuat keputusan menilai semula sebarang rancangan penambahan atau membuat pelaburan disebabkan keyakinan pengguna yang rendah,” katanya kepada FMT.

Oleh itu, Azrul berkata adalah penting bagi kerajaan mendedahkan kaedah yang tepat untuk mengira harga bahan api, demi kepentingan ketelusan dan bagi menjelaskan kepada peniaga dan pengguna.

Pada masa lalu, Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli menggesa Putrajaya menerbitkan rujukan bagi harga global menggunakan senarai harga Means of Platts Singapore (MOP) dan kos-kos lain dalam pengiraan harga bahan api.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments