Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Bekas broker terima RM16.84 juta daripada urus niaga berkaitan 1MDB

 | November 7, 2016

Beliau memberi bukti bagi pihak pendakwaraya pada hari ke-5 perbicaraan bekas pengurus bank BSI, Yeo Jiawei yang berdepan 4 pertuduhan menghalang undang-undang

BSISINGAPORE: Saksi utama pendakwaraya dalam perbicaraan bekas pengurus bank BSI, Yeo Jiawei, mengaku terima sogokan lebih AS$4 juta (RM16.84 juta) sebagai rakan Jiawei dalam urus niaga yang berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor Straits Times hari ini.

Samuel Goh Sze-Wei, bekas ketua agensi pengedaran di NTUC Income, tetapi kini menganggur, memberi bukti pada hari ke-5 perbicaraan Jiawei yang berdepan 4 tuduhan menghalang undang-undang kerana didakwa menggesa saksi supaya berbohong kepada polis dalam siasatan ke atas pengubahan wang.

Mahkamah minggu lalu diberitahu Jiawei didakwa meminta Sze-Wei supaya menubuhkan syarikat kosong sebagai perantara antara sebuah syarikat pengurusan dana yang menerima bayaran daripada syarikat kosong berkaitan 1MDB, Brazen Sky, dan firma yang dikawal Jiawei dan penyelia BSI ketika itu, Kevin Swampillai.

Syarikat kosong itu dikenalpasti sebagai Bridge Global Managers.

Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Jiawei, Philip Fong, Sze-Wei mengaku terima separuh daripada AS$1.795 juta (RM7.56 juta) yang diraih dalam masa 2 tahun oleh Bridgerock Investment, firma yang dikawal Jiawei.

Straits Times melaporkan Jiawei didakwa mengaturkan untuk Bridgerock dan GTB Investment, firma yang dikawal Swampillai, untuk menerima sebahagian daripada “referral fee” untuk manfaat masing-masing.

“Keuntungan rahsia” itu diberi dalam bentuk “referral fee”, dimana sebahagian daripada fi pengurusan yang dibayar oleh Brazen Sky kepada pengurus dana Bridge Partners Investment Management (Cayman) Ltd (BPIM), disalurkan ke Bridge Global Managers sebelum disalurkan ke firma milik Yeo dan Swampillai.

Sze-Wei, 41, dalam keterangannya turut mengaku menerima lebih AS$2.25 juta (RM9.47 juta) daripada satu lagi urus niaga melibatkan Aabar Investments PJS, pemegang saham utama Bank Falcon, bank kedua yang ditutup pihak berkuasa Singapura.

Pihak berkuasa Singapura sebelum ini berkata aliran dana 1MDB yang disiasat termasuk yang dikaitkan kepada Aabar Investments PJS (BVI) dan Aabar Investments PJS Ltd (Seychelles).

Sze-Wei pada Khamis beritahu mahkamah Jiawei yang mula mendekati beliau pada 2012 untuk mencari seorang pengurus dana berlesen untuk sebuah struktur dana fidusiari.

Szei-Wei kemudian merujuk pengurus dana BPIM ke bank Swiss, BSI, dan berkata Yeo menawarkan potongan kepadanya.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments