Tiada tekanan ke atas Singapura untuk tangkap editor Sarawak Report

Tiada tekanan ke atas Singapura untuk tangkap editor Sarawak Report

Clare mendakwa beliau membatalkan hasratnya ke Singapura minggu lalu kerana bimbang diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Clare-Rewcastle-Brown
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menolak dakwaan kerajaan memberikan tekanan ke atas Singapura untuk menahan dan menghantar pulang pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, sekiranya wartawan Britain itu tiba di situ.

Nur Jazlan bagaimanapun enggan memberikan komen sama ada Singapura akan menahan Clare.

“Saya tidak boleh komen mengenai apa-apa tindakan Singapura. Ia terpulang kepadanya sebagai negara berdaulat,” kata Nur Jazlan.

Akhbar The Australian hari ini melaporkan Clare sebagai mendakwa beliau membatalkan hasratnya ke Singapura minggu lalu kerana bimbang ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.

Katanya, beliau merancang melalui Singapura untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih di Sydney, Sabtu lalu.

Menurutnya, Singapura mempunyai perjanjian ekstradisi khusus dengan Malaysia disebabkan kes melibatkan 1MDB and dan Bank BSI.

Sarawak Report yang dikendalikan Clare giat melaporkan isu 1MDB di samping pelbagai dakwaan lain melibatkan bekas ketua menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Tahun lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menutup akses ke laman tersebut.

Claire berdepan waran tangkap di Malaysia atas tuduhan menyebarkan berita palsu dan menganjurkan aktiviti bertentangan dengan demokrasi berparlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.