
FAM, menerusi entri terbaru dalam Twitter skuad kebangsaan, Harimau Malaysia, bagaimanapun tidak menyatakan sebab perlawanan yang bakal diadakan pada 9 dan 12 Disember ini, dibatalkan.
Keputusan itu, bagaimanapun dipercayai bagi memboikot penindasan berterusan tentera kerajaan Myanmar terhadap penduduk etnik Islam Rohingya di utara negara berkenaan.
Isu boikot terhadap Myanmar bukan perkara baharu memandangkan beberapa individu dan badan bukan kerajaan di negara ini, sebelum ini mendesak kerajaan untuk memboikot kejuaraan Piala AFF Suzuki di negara berkenaan dari 20 hingga 26 November lepas.
Untuk rekod, Malaysia gagal mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki selepas menduduki tangga ketiga daripada empat pasukan dalam saingan kumpulan B.