Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Anina dakwa disingkir kerana ‘skandal mesej seks bodoh’

 | December 25, 2016

Anina berkata, Muhyiddin dan Mukhriz sepatutnya tahu perasaan beliau selepas disingkirkan sebagai ketua wanita PPBM.

Anina-Saadudin_ppbm_scandal_600

PETALING JAYA: Beberapa jam selepas disingkirkan sebagai ketua wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin berkata, keputusan itu boleh dikaitkan dengan dakwaan beliau terbabit dalam “skandal mesej seks” dengan bekas pembantunya.

“Tetapi, hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh,” katanya kepada FMT.

“Screenshot” perbualan intim dalam aplikasi WhatsApp yang didakwa antara beliau dan seorang lelaki tidak dinamakan tersebar baru-baru ini. Bagaimanapun, Anina menepis dakwaan itu.

Beliau bukan pemimpin PPBM pertama terbabit dalam skandal seks.

Jun lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, selepas penulis blog, Raja Petra Kamarudin mendedahkan satu akuan berkanun yang dikeluarkan seorang bekas timbalan pendakwa raya untuk kes perceraiannya.

Muhyiddin kemudian mendakwa pemimpin Umno menggunakan taktik kotor untuk memburuk-burukkan namanya.

Anina berkata, Muhyiddin dan timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya memahami perasaannya sekarang, memandangkan mereka berdua pernah dipecat daripada jawatan tertinggi kerajaan.

“Saya nak tahu jawapan mereka, kemudian barulah saya akan beritahu perasaan saya.

“Dahulu, ketika saya mempertahankan mereka, saya terlupa tanya apa perasaan mereka. Saya hanya tampil mempertahankan mereka tanpa berfikir banyak,” kata Anina.

Wanita itu mula terkenal selepas mengkritik Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat Umno Bahagian Langkawi tahun lalu.

Ia disusuli pendedahan Najib menerima sebahagian daripada RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, wang yang dikatakan sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk Umno.

PPBM singkir Anina sebagai ketua wanita


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments