
Michael Tiang berpendapat ia “sama sekali tidak sesuai dengan masyarakat berbilang kaum dan agama Sarawak”, seperti dilaporkan The Borneo Post, hari ini.
“Jika McDonald melaksanakan polisi yang sama di rangkaian makanan segeranya di Sarawak, saya percaya pengguna bukan Islam mungkin mengambil jalan keluar dengan memboikot rantaian makanan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tiang menegaskan, anta ciri unik Sarawak adalah keharmonian dan toleransi di kalangan kumpulan etnik dan agama di negeri ini.
“Malah, ia menjadi kebanggaan semua rakyat Sarawak. Sarawak tidak boleh membiarkan pelampau agama atau kaum yang hanya akan memusnahkan perpaduan di kalangan rakyat Sarawak.
“Oleh itu, untuk mengekalkan keharmonian itu, kerajaan negeri tidak bertimbang rasa terhadap pelampau, fanatik agama dan perkauman dengan menafikan kemasukan mereka ke negeri ini,” kata beliau.
Pada 29 Disember lalu, McDonald’s mengesahkan pelaksanaan polisi hanya membenarkan kek dengan sijil halal dibawa masuk ke premisnya untuk mematuhi garis panduan pensijilan halal Jakim, selepas imej notis mengenai perkara itu tersebar di Internet.
Susulan itu, McDonald’s memohon maaf atas salah faham yang timbul daripada notis kek halal itu, namun menegaskan polisi berkenaan akan diteruskan.
McDonald’s berkata, sebagai syarikat yang memberi perkhidmatan kepada semua lapisan rakyat Malaysia, mereka tidak berniat mewujudkan diskriminasi terhadap mana-mana individu.
Sementara itu, Jakim dalam satu kenyataan semalam memuji polisi itu dan menyifatkannya “selaras dengan pensijilan bagi premis makanan”.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata polisi diperkenalkan McDonald’s itu sudah menjadi amalan di kebanyakan premis makanan rantaian dan diterima rakyat Malaysia.
“Jakim berpandangan polisi yang dibangunkan McDonald’s merupakan inisiatif baik serta komitmen tinggi syarikat itu dalam usaha pengawalan jaminan halal di semua premis McDonald’s berteraskan Sistem Jaminan Halal (Halal Assurance Management System-HAS).
“Polisi seumpama ini bukanlah sesuatu di luar kebiasaan sebagaimana polisi yang sudah menjadi amalan di kebanyakan premis makanan berangkai mengamalkan polisi “No Outside Food Allowed” diterima masyarakat,” katanya lagi.
Tags: bahasa, Malaysia, kl, fmt, Sarawak, halal, mcdonalds, jakim.