Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Hanya 10 dari Tok Sani masuk PPBM, kata ketua bahagian Umno

 | January 10, 2017

Shaik Hussein Mydin mencabar PPBM mendedahkan nama penuh dan nombor kad pengenalan penduduk kampung yang didakwa bekas ahli Umno.

Shaik-Hussein-Mydin_ppbm_600

PETALING JAYA: Umno menegaskan hanya 10 ahli dari Kampung Tok Sani hadir pada majlis penyerahan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Ahad lalu.

Ketua Umno Bahagian Bagan Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin berkata, ia sekali gus menolak dakwaan yang seramai 200 ahli Umno dari Kampung Tok Sani keluar parti dan menyertai PPBM.

“Saya menghantar 2 ahli bahagian pada majlis itu untuk melihat bekas ahli yang didakwa Umno,” kata Shaik Hussein kepada FMT.

“Dan mereka dapati hanya kira-kira 10 orang sahaja dari Tok Sani.

“Mereka tidak mengenali kebanyakan lain yang hadir, manakala mereka yang menjadi ahli adalah dari bahagian lain di sekitar Pulau Pinang.”

Turut hadir pada majlis itu ialah jurucakap penduduk kampung Ahmad Shamsuddin, yang mendakwa menjadi ahli Umno selama hampir 50 tahun.

Beliau mewakili kejiranannya menyerahkan 111 borang keahlian lengkap kepada Ahli Majlis Tertinggi PPBM Marzuki Yahaya.

Ia adalah tambahan kepada kira-kira 80 borang dikemukakan sebelum ini oleh penduduk kampung, katanya.

Menurut Shaik Hussein, Ahmad dan Marzuki merupakan bekas ahli Umno yang tidak berpuas hati yang kemudiannya menyertai PPBM untuk survival politik mereka sendiri.

“Marzuki juga tidak berpuas hati dengan hakikat beliau hilang jawatan ketua bahagian Bagan kepada saya.

“Mereka mencari platform baru untuk terus berada dalam politik dan PPBM hanyalah tempat untuk mereka mendapatkan kedudukan yang tidak diperoleh dalam Umno.

“Seperti (bekas ahli Majlis Tertinggi Umno) Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencuba banyak kali dan gagal, untuk menjadi naib presiden Umno. Jadi beliau membuka parti baru dan menjadikan dirinya timbalan presiden.”

Shaik Hussein kemudiannya mencabar Ahmad dan Marzuki mendedahkan nama penuh dan nombor kad pengenalan penduduk kampung yang didakwa bekas ahli Umno.

“Jika benar mereka bersama Umno, saya akan memaklumkan kepada orang ramai.”


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments