Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Dengan muka bercat, Jamal tawar diri pimpin bola sepak Selangor

 | January 10, 2017

Beliau juga memberi jaminan akan menyelesaikan segala tunggakan gaji pemain dan pegawai selepas 14 hari dilantik menjadi presiden.

VIDEO INSIDE

jalam-FAS2KELANA JAYA: Dengan muka bercat merah kuning, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini tiba di pejabat Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sambil berikrar akan membawa pasukan bola sepak Selangor ke tahap lebih tinggi.

Satu syarat: Jamal perlu dilantik menjadi presiden FAS bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meletak jawatan bulan lalu.

“Hari ini saya menyerahkan surat kepada FAS untuk menawarkan diri menjadi presiden FAS. Hasrat dan tujuan saya hadir untuk menawarkan diri membantu kelab bola sepak Selangor ke arah lebih maju setanding dengan kelab lain.

“Kalau nak disebutkan kelab JDT ini lebih maju ke depan, sekurang-kurangnya kami mampu bersaing dengan mereka,” katanya kepada wartawan, merujuk kelab Johor Darul Takzim.

Jamal pada masa sama turut berjanji akan menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai selepas 14 hari dilantik menjadi presiden.

“Saya memberi jaminan dalam masa 14 hari setelah perbincangan diadakan dan saya dilantik, kita akan selesaikan semua permasalahan ini. Soal dana saya letak nombor dua.

jamal-FAS“Masalah duit kalau kita letakkan di depan berapa banyak sekalipun wang kalau pengurusan tidak bagus ia tidak akan mendapatkan hasil yang baik.

“Paling mustahak bagaimana kita hendak meningkatkan semangat terhadap pemain supaya 2017 ini akan mencipta sejarah untuk Selangor,” katanya.

Pada 30 Disember lalu, Azmin meletak jawatan sebagai presiden kerana membantah budaya “politik berlebih-lebihan, melakukan kerja cara lama dan mentaliti bergantung kepada subsidi” dalam FAS.

Azmin berkata beliau tidak mahu bersama dengan organisasi dan pengurusan FAS yang “tidak berwibawa”, “tidak komited” kepada perubahan, “bergelumang dengan budaya politik tidak bertanggungjawab” dan “mengecewakan penyokong dan rakyat”.

Terdahulu, Jamal bermuka celoreng bendera Selangor bersama penyokongnya hadir ke pejabat FAS untuk menyerahkan surat permohonan sebagai presiden.

Turut hadir mengiringi Jamal dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Shohaimi Shadan dan Datuk Ahmad Azhar.

Surat tawaran itu diserahkan kepada Exco FAS Adnan Sarrif.

 

Tak tahan politik FAS, Azmin letak jawatan presiden


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments