
Pejabatnya membuat penafian itu dalam satu kenyataan selepas artikel Sin Chew Daily hari ini melaporkan Muhyiddin sebagai berkata UEC tidak akan diiktiraf secara rasmi, walaupun di bawah kerajaan PH, sekiranya Dong Jiao Zong enggan menerima cadangan kerajaan.
(Dong Jiao Zong secara kolektif merujuk kepada Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Persatuan Gabungan Guru-Guru Sekolah Cina)
Kenyataan itu berkata presiden PPBM tidak pernah menyatakan perkara itu.
Sebaliknya, Muhyiddin berkata pengiktirafan UEC perlu mengambil kira konteks dasar pendidikan pada masa kini dan masa depan, dan “kita tidak boleh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hasrat negara”.
“Tajuk ‘Pakatan won’t recognise UEC, Muhyiddin warns’, seperti dilapor The Star, dan ‘Pakatan may not recognise UEC’ oleh The Malay Mail benar-benar mengelirukan, nakal dan tidak berasas.
“Ini kerana Muhyiddin tidak mengeluarkan sebarang amaran atau berkata apa-apa yang bermaksud sedemikian dalam satu temu bual beliau dengan Sin Chew Jit Poh.
“Laporan yang salah seperti itu tidak akan memberi petanda baik kepada kesatuan negara dan perpaduan,” kata laporan itu.
Kumpulan pendidik Cina sebelum ini mempertahankan sukatan pelajaran UEC, yang menjadi mangsa fitnah.
“Sesiapa sahaja yang mendakwa sukatan pelajaran UEC kami bertentangan dengan sistem kebangsaan sudah menyebarkan pembohongan.
“Sukatan pelajaran peperiksaan kami mencerminkan semangat kepelbagaian budaya di Malaysia dan sejajar dengan taraf antarabangsa,” kata Dong Jiao Zong dalam satu kenyataan hari ini.
Wakil rakyat DAP Teo Nie Ching turut terkejut dengan kenyataan Muhyiddin itu.
Beliau berkata manifesto PH jelas menyatakan kerajaan pimpinan pakatan pembangkang akan mengiktiraf UEC.
UEC merupakan peperiksaan standard untuk penuntut sekolah menengah swasta Cina. Ia diiktiraf sebagai setaraf dengan SPM lebih 1,000 universiti swasta tempatan dan antarabangsa.