Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Proton: Dr Mahathir terbuka rakan kongsi China, tetapi…

 | February 15, 2017

Bekas perdana menteri yang mengilhamkan kereta nasional itu tidak ada masalah sekiranya saham Proton diambil alih syarikat asing.

mahathir-proton

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Proton Holding agar tidak melupakan vendor komponen kenderaan itu sekiranya termeterai sebarang kerjasama di antara rakan kongsi asing.

Pengasas dan bekas penasihat kereta nasional itu berkata, tindakan mengabaikan vendor Proton yang sedia ada akan menyebabkan peluang dan ruang syarikat tempatan bersaing semakin sukar.

“Kita takut, vendor kita, pembuat komponen akan hilang peluang untuk terus membekalkan kepada Proton hingga menyebabkan mereka terpaksa tutup.

“kapasiti dan kepentingan dalam kejuruteraan automotif yang dimiliki anak tempatan akan berkurangan,” katanya kepada FMT ketika ditemui di sebuah majlis raih dana malam tadi.

Bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuad Kenali berkata Proton bakal mengumumkan rakan kongsi strategiknya pada April ini.

Sehingga kini masih samar lagi siapa rakan kongsi baru yang akan dipilih, namun spekulasi menyebut syarikat dari China, Geely Automobile Holdings.

Geely turut memiliki Volvo, jenama kereta Sweden, dan disebut-sebut bakal menjadi rakan kongsi strategik Proton.

Selain Geely, pengeluar ke-2 terbesar di Eropah, PSA Group dari Perancis yang menghasilkan kereta Peugeot dan Citroen turut menawarkan diri menjadi rakan kongsi Proton.

Dr Mahathir berkata, beliau secara peribadi boleh menerima sebahagian saham Proton dijual, namun membantah jika keseluruhannya dijual kepada syarikat asing.

“Kalau tidak ada jalan lain dan perlu untuk jual sebahagian Proton, baiklah. Kita boleh terima, tetapi janganlah sehingga kita hilang langsung Proton.

“Proton adalah kereta nasional, kalau beri kepada syarikat lain dan menggunakan kemudahan Proton untuk mengeluarkan kereta mereka, kita akan tanggung kerugian,” katanya.

Sebelum ini, bekas ketua pegawai eksekutif Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyarankan agar beberapa aspek dikaji terutama nilai tambah yang mampu ditawarkan rakan kongsi.

Bukan itu sahaja, Syed Zainal Abidin turut menyarankan agar aspek nilai tambah teknologi dan pasaran kepada Proton juga harus diberi keutamaan.

Geely merupakan perusahaan automotif swasta pertama dan terbesar di China, berpusat di Taizhou, Zhejiang.

Pada 2009, ia membuat kejutan dengan membeli Volvo daripada Ford Motors pada harga AS$1.3 bilion (RM5.7 bilion).

Geely dikatakan menjadi jenama kereta paling laris di China beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih lagi setelah mengadakan kerjasama dengan Volvo.

Tahun lalu, jumlah pengeluaran kereta Geely dan Volvo mencecah sejuta unit.

Kaji 3 aspek sebelum buat keputusan, kata bekas CEO Proton


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments