Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

5 pegawai Korea Utara dibunuh dengan senjata anti pesawat

 | February 28, 2017

Ia didedahkan oleh badan perisikan Korea Selatan.

north-korea

PETALING JAYA: Regim Korea Utara dilaporkan menjalankan hukuman bunuh ke atas 5 pegawai dengan menggunakan senjata anti pesawat, menurut laporan memetik sumber Korea Selatan.

Menurut laporan AP, kesemua yang dibunuh itu merupakan pegawai di bawah pengarah keselamatan negara Kim Won-hong yang dipecat oleh kerajaan pimpinan diktator Kim Jong Un baru-baru ini, kerana menyalurkan maklumat “palsu”.

Perkara itu dimaklumkan kepada anggota Parlimen Korea Selatan oleh badan perisikan negara itu, Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS).

Ahli Parlimen, Lee Cheol Woo bagaimanapun berkata NIS tidak menyebut sumber laporan pembunuhan itu.

Ia berlaku di sebalik kontroversi kematian Kim Jong Nam, abang tiri kepada Jong Un, di Malaysia pada 13 Feb.

Kematian itu mencetuskan krisis diplomatik Malaysia-Korea Utara, dan membangkitkan kembali kaedah regim kuku besi itu menangani individu yang tidak disenanginya.

Regim Pyongyang sebelum ini dilaporkan kerap menjalankan hukuman bunuh tanpa bicara terhadap mereka yang dianggapnya pembelot atau gagal menjalankan tugas mempertahankan negara.

Pada awal 2014, bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, dihukum tembak mati oleh regim Korea Utara.

Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song Thaek, bapa saudara diktator Korea Utara Kim Jong Un. Song Thaek dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya termasuk 2 anak lelakinya pada Disember 2013.

Duta Korea Utara berdepan ancaman jika pulang, kata diplomat veteran


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments