
“Bukan DAP sahaja yang boleh tentukan siapa (jadi perdana menteri). Kalau dia (DAP) dalam gabungan parti lawan, parti lain pun ada hak untuk suarakan pendapat mereka,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu.
“Kita tak tolak apa dicadangkan DAP. Keputusan satu sahaja anggota gabungan dalam parti lawan tak memadai,” katanya kepada wartawan di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Semalam, Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke berkata Wan Azizah, yang juga isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh menjadi perdana menteri wanita pertama jika Pakatan Harapan menang pilihan raya akan datang.
Loke berkata demikian selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengimpikan seorang perdana menteri wanita di malaysia menjelang 2050, selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
“Kita bersedia menyokong Permatang Pauh (Wan Azizah) sebagai perdana menteri jika diberikan mandat. Tidak perlu tunggu 2050,” kata Loke ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat.