Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Siasatan kerugian forex BNM siap dalam 3 bulan

 | March 14, 2017

Pasukan itu akan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan, termasuk penubuhan suruhanjaya siasatan diraja jika perlu.

tan-sri-Mohd-Sidek-HassanKUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas yang menyiasat urus niaga mata wang asing yang melibatkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, menyasar untuk melaporkan hasil siasatan kepada kabinet dalam tempoh 3 bulan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam kenyataan hari ini berkata, ia akan merangkumi perakuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, sekiranya perlu, bagi meneruskan siasatan dengan lebih terperinci.

Kabinet melantik Mohd Sidek sebagai pengerusi pasukan berkenaan pada 22 Februari 2017.

Mohd Sidek berkata, terma rujukan pasukan itu adalah menjalankan siasatan awal berkaitan kerugian BNM di dalam aktiviti spekulasi bagi urus niaga mata wang asing.

Selain itu, sejauh mana terdapat tindakan tersembunyi maklumat kerugian dan mengkaji kalau ada perbuatan memberi kenyataan mengelirukan mengenai kepada Parlimen.

Pasukan itu juga, katanya, akan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan, termasuk penubuhan suruhanjaya siasatan diraja, jika perlu, berdasarkan hasil siasatan tersebut.

Pasukan petugas itu akan terdiri daripada 6 ahli lain, iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Azam Baki; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Acryl Sani Abdullah Sani; dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Mereka yang lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadankan) Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; dan rakan kongsi Guaman Jahaberdeen & Co Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Setiausaha dan ketua sekretariat pasukan petugas khas ini ialah Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail.

Mohd Sidek berkata, pasukan petugas itu akan meneliti semua aspek kes, termasuk peranan dan fungsi BNM dan/atau mana-mana badan korporat atau individu dalam urus niaga spekulasi mata wang asing, termasuk perkara berkaitan kelulusan
dan pengurusan aktiviti.

Ia juga akan mengkaji pematuhan undang-undang, peraturan dan garis panduan berkaitan peranan dan fungsi BNM dalam urus niaga mata wang asing dan sama ada terdapat tindakan untuk menutup skala sebenar kerugian BNM dan individu terlibat, katanya.

Sebagai sebahagian siasatan ini, Mohd Sidek berkata, pihaknya menggalakkan sesiapa yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada Sekretariat Pasukan Petugas Khas, Aras 5, Blok Tengah, Kompleks Kementerian Kewangan, No 5, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya atau e-mel kepada [email protected] atau menghubungi 03-80008000.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments