Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Raja Bomoh ‘buat bodoh’, tak hadir ke Jakim

 | March 23, 2017

Ketua pengarah Jakim berkata upacara dan amalan dilakukan Ibrahim Zin atau Raja Bomoh itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Othman-Mustapha-raja-bomohKUALA LUMPUR: Lelaki yang dikenali sebagai Raja Bomoh tidak mengendahkan arahan supaya hadir ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam.

Ibrahim Mat Zin diarah memberi penjelasan berhubung video yang kini viral menunjukkan dirinya mengadakan upacara ritual di pantai kononnya bertujuan melindungi Malaysia daripada serangan nuklear Koera Utara, lapor The Star.

“Pada 22 Mac, Jakim mengambil inisiatif memanggil Ibrahim untuk mendengar penjelasannya mengenai rakaman video belia melakukan ritual, tetapi dia tidak datang,” kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan.

Video 3 minit itu menunjukkan Ibrahim dan 3 pembantunya masuk ke dalam air dengan 2 kelapa, sepasang kayu digunakan sebagai teropong, 5 meriam buluh, permaidani dan semangkuk air laut.

Othman berkata: “Beberapa negeri bersetuju dalam mesyuarat jawatankuasa fatwa negeri yang upacara dan amalan Ibrahim Mat Zin atau Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan objek tertentu bertentangan ajaran Islam dan haram.”

Beliau berkata kajian panel pakar Jakim juga mendapati upacara Ibrahim mengandungi elemen penyembahan berhala dan amalan karut.

Sementara itu, pada 20 Mac, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan memanggil Ibrahim susulan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya.

Khalid berkata: “Cukuplah, jangan lakukan perkara yang mengarut. Perbuatan dia jelas memalukan orang Melayu. Saya minta dia hentikan dan jadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan.”

Ibrahim sebelum ini membuat upacara ritual di luar Institut Perubatan Forensik Negara di Hospital Kuala Lumpur susulan pembunuhan Kim Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Dia melakukan ritual itu berikutan ketegangan politik antara Malaysia dan Korea Utara selepas pembunuhan Jong Nam di klia2 pada 13 Februari.

 


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments