Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

24 April cuti umum Hari Pertabalan Agong

 | April 3, 2017

Ketua setiausaha negara berkata, 2 acara utama akan diadakan di Istana Negara pada 24 April ini.

agong-Sultan-Muhammad_cuti_600

PETALING JAYA: Kerajaan mengisytiharkan 24 April ini sebagai hari cuti umum tambahan di seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam kenyataan hari ini berkata, 2 acara utama akan diadakan di Istana Negara pada hari itu, iaitu Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja di Dewan Santapan, pada sebelah malam.

Tambahan, katanya, 2 acara lain turut akan diadakan, iaitu Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Putra, Putrajaya pada 20 April ini dan Pameran Raja Kita di Muzium Diraja pada 2 Mei nanti.

Ali berkata, pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan, serta kerajaan negeri akan mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri mereka.


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments