Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Shabudin: Tak sokong kahwin perogol, cuma tolak haramkan kahwin bawah umur

 | April 5, 2017

Kerana usul berlawanan dengan peruntukan undang-undang syariah yang terkandung dalam enakmen negeri

shabudin-kawin-mudaKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya terkejut dan kecewa media massa melaporkan perbahasannya semalam mengenai perkahwinan bawah umur “secara tidak tepat”.

Tindakan media itu, katanya, menggambarkan dirinya mengalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dan mangsa.

Sebenarnya, menurut Shabudin, beliau cuma menolak usul mengharamkan perkahwinan bawah umur.

“Kerana usul itu berlawanan dengan peruntukan undang-undang syariah seperti yang terkandung dalam enakmen undang-undang keluarga Islam negeri-negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memetik laporan semalam, Shabudin dilaporkan berkata perkahwinan antara mangsa bawah umur dan perogol mungkin sesuatu yang baik supaya mereka tidak melalui masa depan yang gelap.

Kanun Keseksaan menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan perempuan di bawah umur 16 tahun sebagai rogol statutori, walaupun dilakukan dengan kerelaan perempuan itu.

“Dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol statutori iaitu ‘atas dasar persetujuan bersama’. Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak mempunyai laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.”

“Walaubagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu mendapat kebenaran mahkamah syariah terlebih dahulu.

“Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin,” kata Shabudin.

Undang-undang Islam terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, yang mempunyai pihak berkuasa agama untuk mentadbir perkara berkaitan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam serta mahkamah syariah tersendiri.

Menjelaskan pendirian beliau, Shabudin berkata isu perkahwinan bawah umur sepatutnya dilihat dari sudut positif.

“Contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri terutamanya bagi kes ‘atas dasar persetujuan bersama’ tadi.

“Pada masa yang sama, perkahwinan ini bukankah ‘pintu belakang’ untuk halalkan kesalahan rogol,” katanya, menyerahkan kes jenayah seksual kepada polis dan mahkamah untuk menentukan hukuman terhadap perogol.

Shabudin membidas laporan media kerana memetik kenyataannya di luar konteks, terutamanya mengenai perempuan akil baligh daripada usia 9 tahun memiliki keadaan fizikal seperti 18 tahun, lalu tiada halangan untuk berkahwin dari segi fizikal.

“Dari sudut pandangan agama, pelaku seksual boleh mengahwini mangsa rogol sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman tanpa sekatan.

“Antara asas dalam hakim membuat pertimbangan adalah berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang itu telah akil baligh.

“Tetapi pihak media dalam laporan mereka menyatakan seolah-olah saya mengatakan perempuan yang berumur 9 tahun terus boleh berkahwin tanpa mengambil kira soal akil baligh, terutamanya di bahagian tajuk laporan tersebut.”

Rahman: Kenyataan Shabudin mengenai perogol kahwini mangsa ‘jijik’

Seks gadis bawah 16 tahun tetap rogol, kata Azalina


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments