Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Adam Rosly diikat jamin selepas kumpul RM300,000 saat akhir

 | April 21, 2017

Ketua Pemuda PKR Ampang itu didakwa di Mahkamah Sesyen dengan 6 pertuduhan memberi keterangan palsu.

VIDEO INSIDE

adam-rosly-bailKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly berjaya mengumpul RM300,000 pada saat-saat akhir untuk diikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 6 pertuduhan memberi keterangan palsu hari ini.

Ahli keluarga dan penyokongnya berjaya mengumpul wang itu sebelum menyerahkannya kepada kakitangan mahkamah pada jam 5.30 petang tadi.

Ada di antara mereka yang dilihat berada di mesin juruwang automatik (ATM) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk mengeluarkan wang bagi membebaskan Adam.

Mereka juga dilihat bercakap dengan kakitangan mahkamah di kaunter ikat jamin untuk merayu tidak menghantar Adam ke lokap semula.

Adam hanya dibebaskan pada jam 5.40 petang dan bercakap sekejap dengan wartawan.

Beliau dengan isterinya, Puteri Balqis Omar dan anak perempuan mereka kemudian bergambar bersama atas permintaan jurugambar.

“Terima kasih kepada media kerana menunggu. Saya sudah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dan mereka menyiasat kes saya sewajarnya,” katanya merujuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Apabila ditanya mengenai pencabarnya, Datuk Seri Jamal Yunos yang menawarkan bantuan untuk mengumpul RM20,000 bagi bayaran guamannya, Adam berkata, “Terima kasih Datuk Jamal”.

Selasa lalu, Jamal dilaporkan berkata, Adam sebenarnya seorang “budak yang baik” tetapi berubah selepas menyertai PKR.

Pagi tadi, Adam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 6 pertuduhan memberi keterangan palsu kepada pihak berkuasa.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 32(8)(c) dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla), berkaitan kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan pada Februari lepas.

Hakim menetapkan wang ikat jamin RM300,000 dan mengarahkan pasport tertuduh dirampas.

 

Adam Rosly didakwa atas tuduhan beri keterangan palsu


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments