Facebook Twitter Google Plus Vimeo Youtube Feed Feedburner

ROS LBoard 1

Prof Tajuddin persoal pengetahuan Asri mengenai Hindu

 | April 22, 2017

Beliau juga berkata, adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila seseorang yang berilmu dan dihormati seperti Asri boleh membuat kenyataan seumpama itu.

Mohd-Tajuddin_Mohd-Asri_6002

PETALING JAYA: Seorang profesor universiti tempatan yang terkilan dengan kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam mempersoalkan kedalaman pengetahuan Mufti Perlis itu mengenai agama Hindu.

Mohd Tajuddin Mohd Rasdi dari Universiti UCSI berkata, hasil penelitian beliau ke atas teks-teks klasik Hindu menunjukkan Asri melihat agama Hindu dalam konteks yang sempit.

Beliau berkata, sama ada Mahabharata atau Upanishad tidak memberi sebarang gambaran mengenai amalan menyembah lembu dalam agama Hindu.

“Daripada kajian saya ke atas ayat-ayat (dalam kitab) ini, idea-idea yang ada adalah berkaitan dengan kawalan diri,” kata beliau.

Malah kata Tajuddin, “ia berkaitan dengan pengetahuan tentang diri yang sebenar, rohani diri. Saya tidak nampak apa-apa idea mengenai menyembah lembu.”

Beliau seterusnya berkata, adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila seseorang yang berilmu dan dihormati seperti Asri boleh membuat kenyataan seumpama itu.

Beliau merujuk kepada puisi Asri di Facebooknya semalam.

Asri memuat naik beberapa baris di laman Facebooknya, menyelar apa yang dipanggilnya golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.

“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu,” Asri memulakan catatan ringkas yang disifatkannya “puisi pagi Jumaat”.

Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya, mufti Perlis itu sebelum ini mempertahankan pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik, yang dikecam beberapa persatuan bukan Islam, termasuk Hindraf.

Dalam catatannya, Asri turut mengecam sebuah kerajaan yang menurutnya “menyembah api dan penganut sati, pembakar wanita janda, di benua sana.”

Sati merujuk amalan kuno di kalangan masyarakat Hindu di India yang diharamkan di negara itu, di mana seorang balu membakar dirinya selepas kematian suami.

Asri sebelum ini membidas tindakan sekumpulan aktivis termasuk pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy yang menyaman kerajaan kerana membenarkan Zakir tinggal di Malaysia.

Mereka menyifatkan Zakir, yang kerap menyentuh kepercayaan Kristian dan Hindu dalam ceramahnya, sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

“Tidaklah pelik jika mereka itu dari kumpulan bukan Muslim atau kafir yang tidak suka dengan dakwah. Namun yang pelik jika ada yang mendakwa diri mereka Muslim tetapi meminta supaya tokoh pendakwah Islam yang terkenal dengan hujahnya itu ditangkap,” kata Asri bulan lalu.

Dalam ulasannya, Tajuddin turut merujuk kepada satu insiden melibatkan seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia yang telah menggambarkan Hindu sebagai “kotor”.

Slaid kuliah yang bocor di media sosial Jun lalu, mencetuskan kekecohan dan rasa tidak senang di kalangan penganut agama Hindu.

“Perkhidmatan pensyarah itu telah ditamatkan,” kata Tajuddin sambil menambah, ahli akademik itu juga telah ‘mempermudahkan’ amalan agama Hindu.

Merujuk kepada kenyataan Asri mengenai sati, beliau berkata, setiap negara mempunyai sejarah gelap yang sendiri.

Beliau memberi contoh pembunuhan Yahudi di Jerman semasa Perang Dunia 2.

Beliau juga merujuk petikan dalam buku tulisan ulama Melayu, Munshi Abdullah mengenai salah laku keluarga diraja yang tertentu.

Pun begitu katanya, perkara itu tidak harus dilihat sebagai amalan yang mencerminkan watak mana-mana sultan pada hari ini.

“Tindakan membakar diri wanita janda di India berlaku di era yang berbeza,” kata beliau.

Tajuddin juga mengulas mengenai laporan bahawa pihak berkuasa India telah membuktikan tuduhan mereka terhadap Zakir.

Katanya, pihak berkuasa Malaysia perlu bekerjasama dengan India walaupun isu itu melibatkan “personaliti terkenal atau seseorang yang dilihat sebagai melakukan kerja yang baik.”

“Zakir menggunakan agama untuk menyeronokkan agama lain,” katanya.

“Itu bukan pendekatan yang baik. Ia mengerikan. Beliau harus lebih bertamadun. Adalah mudah untuk menjadi popular dengan menyeronokkan orang dengan komen yang menghina.”

Beliau juga berkata, kini adalah masa untuk mengambil pendekatan yang berbeza untuk melihat pengajaran tradisional Islam.

“Saya tidak mengatakan ia adalah salah, tetapi kita kini hidup dalam konteks yang berbeza. Pada masa lalu, anda boleh menggunakan kaedah tertentu kerana masyarakat adalah homogen.

Dalam konteks moden yang pelbagai budaya di Malaysia, beliau berkata, “orang ramai tidak perlu bercakap tentang sesuatu agama yang mereka hanya tahu sedikit tentang.”

“Dalam zaman media sosial, apa sahaja boleh menjadi viral,” kata beliau.

Prof dismayed by Asri’s remarks about Hindus


Comments

Readers are required to have a valid Facebook account to comment on this story. We welcome your opinions to allow a healthy debate. We want our readers to be responsible while commenting and to consider how their views could be received by others. Please be polite and do not use swear words or crude or sexual language or defamatory words. FMT also holds the right to remove comments that violate the letter or spirit of the general commenting rules.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments