
Ahli Parlimen Shah Alam itu mengulas peruntukan RM80 juta yang diserahkan Datuk Seri Najib Razak kepada 819 sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan institusi tahfiz, Selasa lalu.
Beliau berkata, ia tidak mencukupi untuk hanya memberi wang kepada sekolah berkenaan, jika tiada perhatian lebih diberikan terhadap kawalan kualiti kerana orang ramai semakin bimbang terhadap aspek itu ekoran penubuhan sekolah tahfiz swasta yang semakin banyak beberapa tahun ini.
Katanya, kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang didakwa dipukul seorang pembantu warden asrama sekolahnya, semalam, menambahkan lagi kebimbangan rakyat terhadap pemantauan ke atas sekolah agama.
“Kami bimbang kerana apabila ada peningkatan terhadap kesedaran Islam, ia menjadi perniagaan yang menguntungkan juga,” katanya kepada FMT.
“Ibu bapa mahu hantar anak mereka ke sekolah agama dan ini sangat baik, tetapi kerajaan perlu cukup bertanggungjawab dalam pengawasan dan kawalan kualiti sewajarnya bagi memastikan pengusaha tidak hanya mengaut keuntungan.”
Khalid berkata, kerajaan mendedahkan diri mereka terhadap perubahan bermotifkan politik, jika mereka wang tanpa mengambil langkah untuk memastikan sekolah dikendalikan dengan baik.
“Ia kelihatan seolah-olah anda hanya cuba menunjukkan anda memberi sokongan dan pada masa sama, masalah yang menjejaskan sekolah agama tidak ditangani.
“Anda tidak boleh membentuk imej awam dengan hanya memberikan berjuta-juta ringgit. Anda perlu memberi wang ini dan memastikan masalah ditangani. Malangnya, ia kelihatan seolah-olah ini tidak dilakukan.”
Beliau memberi contoh kerajaan perlu memastikan sekolah agama mempunyai program kaunseling demi manfaat pelajar dan guru.
“Kerajaan juga perlu memastikan guru dibayar dengan setimpal dan sekolah mempunyai makanan dan dana mencukupi.
“Kerajaan perlu memastikan semua sekolah agama didaftarkan.”
Khalid berkata, beliau tidak mencadangkan “campur tangan secara paksaan” sebaliknya “pemantauan sewajarnya”.
“Orang ramai sudah tentu bimbang dengan campur tangan kerajaan, tetapi pada masa sama, kerajaan tidak boleh melepas tangan sepenuhnya.”